WhatsApp Us Now 0136843692

News

Home / News
*amalan Menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban*

*amalan Menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban*

*AMALAN MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN*

Daripada Muaz Bin Jabal dan Abu Musa Asy’ari bahawa Nabi Saw telah bersabda; “ *Sesungguhnya Allah Swt pada malam Nisfu Sya’ban memerhati seluruh makhlukNYA dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan*.” (Riwayat Ibn Majah, Ibn Habban, Al Baihaqi dan At Thobrani)

Sunat menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan membaca zikir, Al Quran dan berdoa kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Adapun sebahagian daripada amalan dianjurkan pada malam nisfu sya'bān. Antaranya:

1️⃣Baca surah Yaasin (يس) 3 kali di antara waktu maghrib dgn isyak dengan niat:
????bacaan pertama - dipanjangkan umur dan taufiq untuk mengerjakan ketaatan kepada Allāh Ta'āla.
????bacaan kedua - dihindari atau dijauhkan dari bala`musibah, wabak penyakit serta dimurahkan rezeki.
????bacaan ketiga - diberi Allah Swt Qonaah (kekayaan hati) dan agar mati husnul khotimah.

Selepas setiap bacaan Yaasin maka hendaklah membaca doa karangan Al Habib Hasan Bin Al Qutub Al Habib Abdullah Bin Alawi Al Haddad atau doa-doa yang lain.

2️⃣ Perbanyakkan membaca doa berikut pada malam nisfu sya’ban :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي,
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.

3️⃣ Membaca tasbih Nabi Yūnus عليه السلام mengikut jumlah hurufnya mengikut hisāb Jummal iaitu 2375 kali pada malam nisfu sya'bān :

لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Faedahnya: Mendapat keamanan dari segala bala mushibah dan kesusahan pada tahun tersebut.

4️⃣ Membaca empat zikir berikut pada malam nisfu sya’ban, 100 kali setiap satunya:

• لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (الأنبياء: 87) - 100x

• رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه: 25 - 26) - 100x

• نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف: 13) - 100x

• لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم: 58) - 100x

????Semoga diberi kekuatan oleh Allah Swt untuk diamalkan dan dipilih olehNYA untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban InsyaAllah...Wallahualam...

Al-Faqir ilallah Al-Ghani
*Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizal Ab Rahaman*
_Mudir Madrasah Al-Khairiah Segamat_

*Rujukan* :
kitab al-Kunūz al-Hashīnah fī Ad'iyah ats-Tsamīnah karya Syeikhuna al-Habīb Muhammad Amin bin 'Idrūs bin 'Abdullāh dan kitab Lathoiful Ma’arif karya Syeikh Imam Ibn Rajab Al Hanbali dan kitab Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban karya Syeikh Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah.

*????Allahumma Bariklana Fi Sya’ban Wa Balighna Ramadhan????*

Sign Up For Our Newsletter